M2K
PDF1 PDF2

Celik Kewangan
Ceria Kehidupan

13 - 16 Oktober 2010
10.00 pg - 9.00 mlm

Village Mall, Sungai Petani, Kedah

Mengenai M2K 2011

m2k

Minggu Kesedaran Kewangan atau M2K  merupakan program anjuran bersama Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti (SC), Biro Pengantaraan Kewangan (BPK), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

M2K 2011 merupakan program tahunan kali keempat, setelah M2K 2010 menerima sambutan yang amat memberangsangkan pada penganjurannya di Kota Kinabalu, Sabah. Pameran yang akan diadakan kali ini akan terus menyediakan platform bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kewangan di kalangan pengguna dan orang ramai terutamanya di negeri Kedah.

Selain daripada pameran, satu program taklimat dan bengkel khas bagi usahawan juga akan dijalankan bagi memberi penerangan secara terbuka mengenai bantuan kewangan kerajaan dan institusi kewangan bagi usahawan yang berminat.

Orang ramai dan para pelajar digalakkan untuk mengunjungi M2K 2011 bagi meningkatkan pengetahuan dan peluang-peluang dalam sektor perbankan dan kewangan negara.

Selamat Datang ke M2K 2011!

OBJEKTIF PAMERAN M2K

  • Meningkatkan kesedaran umum tentang peranan dan fungsi penganjuran program
  • Meningkatkan pengetahuan orang ramai mengenai perkhidmatan kewangan menerusi pameran umum yang komprehensif dan juga sesi perundingan secara bertemu muka
  • Menyediakan satu platform kepada pengguna bagi mendapatkan nasihat dan panduan kewangan daripada perunding kewangan melalui sesi klinik kewangan
  • Menghimpunkan pelbagai pihak yang terlibat dalam sektor kewangan termasuk agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan penyedia perkhidmatan kewangan

ANTARA AKTIVITI MENARIK M2K 2011

Gerai Pameran

  • Gerai pameran yang menyediakan perkhidmatan dan produk kewangan

Taklimat Kewangan

  • Beberapa sesi taklimat mengenai isu kewangan diatur untuk pengunjung M2K

Seminar Usahawan

  • Seminar khusus mengenai bantuan kewangan kerajaan dan institusi kewangan kepada usahawan yang berminat

Klinik Kewangan

  • Pengunjung boleh berjumpa terus dengan perunding perkhidmatan kewangan dan mendapatkan khidmat nasihat dalam pelbagai aspek kewangan

Pertandingan Roda Kewangan

  • Pertandingan berunsur kewangan yang boleh disertai oleh pengunjung dan keluarga

Program untuk kanak- kanak

  • Pertandingan mewarna
  • Jigsaw puzzle
  • Permainan “Si Kijang Adventure Game”

Program Bersama Selebriti

  • Farah AF
  • Upin & Ipin

 

 

 

Suruhanjaha SekuritiAKPKPIDM Bank Negara Malaysia FMB Espi Fokus Malaysia
Map