M2K
PDF1 PDF2

Celik Kewangan
Ceria Kehidupan

13 - 16 Oktober 2010
10.00 pg - 9.00 mlm

Village Mall, Sungai Petani, Kedah

Penganjur

BANK NEGARA MALAYSIA 

bank_negaraSebagai pengawal selia sektor kewangan, Bank Negara Malaysia telah melaksanakan pelbagai program pendidikan pengguna iaitu bankinginfo, insuranceinfo dan Program Sekolah Angkat yang mendapat kerjasama daripada industri perbankan dan insurans serta agensi berkaitan untuk meningkatkan celik kewangan di kalangan pengguna.

Dalam persekitaran pasaran kewangan yang semakin canggih dan kompleks, pengguna perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran tertentu bagi membuat keputusan yang tepat dan memahami hak dan tanggungjawab mereka. Pengguna yang bermaklumat juga boleh mendorong ke arah kewujudan kecekapan pasaran. Usaha-usaha meningkatkan celik kewangan termasuk penyebaran maklumat kewangan kepada pengguna menerusi bahan-bahan bercetak, laman-laman web khas, penyediaan kaedah dalam membuat keputusan, program jangkauan melalui seminar, taklimat dan pameran; dan pemberian nasihat umum menerusi pelbagai saluran.

Untuk maklumat lanjut layari www.bnm.gov.my

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), sebuah badan berkanun yang melapor kepada Menteri Kewangan, ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.  Ia merupakan agensi pengawalseliaan tunggal bagi pengawalan dan pembangunan pasaran modal.  SC bertanggungjawab bagi penyeliaan dan pemantauan aktiviti institusi pasaran, termasuk bursa dan rumah penjelasan, dan mengawalselia semua individu yang dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal & Perkhidmatan 2007.

Maklumat lanjut mengenai SC boleh didapati di laman web www.sc.com.my

 

BIRO PENGANTARAAN KEWANGAN (BPK)

fmbBPK merupakan badan bebas yang mula beroperasi pada 20 Januari 2005 bagi membantu menyelesaikan pertikaian, aduan dan tuntutan antara pengguna dengan penyedia perkhidmatan kewangan yang menjadi ahli BPK. BPK menyediakan satu saluran yang cepat, mudah dan cekap kepada pengguna bagi mengemukakan pertikaian, aduan dan tuntutan yang berkaitan dengan perbankan/kewangan ataupun insurans dan takaful sebagai alternatif kepada penyelesaian melalui mahkamah. Perkhidmatan BPK adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut layari www.fmb.org.my

 

AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KREDIT (AKPK)

akpkAKPK ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2006 bagi menyediakan saluran kepada peminjam individu dan bakal peminjam untuk mendapatkan nasihat dan bantuan berkaitan dengan pengurusan kredit, serta perkhidmatan untuk memudahkan usaha pembayaran balik pinjaman dan mengurangkan kes pinjaman tidak berbayar akibat pengurusan hutang yang kurang cekap. Perkhidmatan yang disediakan oleh AKPK merangkumi pendidikan kewangan, nasihat dan kaunseling mengenai pengurusan kewangan dan program pengurusan kredit bagi membantu menyelesaikan masalah pinjaman dengan institusi kewangan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Perkhidmatan AKPK adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut layari www.akpk.org.my

 

PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PIDM)

pidm

PIDM ialah sebuah agensi Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia untuk mentadbir Sistem Insurans Deposit dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans di Malaysia. PIDM menyediakan perlindungan terhadap kehilangan deposit bank serta manfaat dan insurans anda sekiranya berlaku kegagalan institusi ahli.

Kedua-dua sistem ini merupakan komponen penting dalam jaringan keselamatan kewangan negara bagi memantapkan perlindungan pengguna. Perlindungan ini disediakan secara automatik – anda tidak perlu memohon atau membayar untuk perlindungan ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

1-800-88-1266 atau layari www.pidm.gov.my 

 

PENGURUS M2K

 

ESPIFOKUS SDN BHD

espiESPIFOKUS Sdn Bhd merupakan  sebuah syarikat pengurus acara yang fokus dalam menganjurkan program yang berprofil tinggi disamping mencapai objektif  pelanggannya

Syarikat  yang telah di tubuhkan pada tahun 2003 ini seringkali menjadi pilihan kepada syarikat-syarikat multinasional, agensi-agensi kerajaan dan juga beberapa pihak Kementerian di Malaysia.

Sepanjang 7 tahun beroperasi syarikat ini telah berjaya mengendalikan beberapa program tempatan dan antarabangsa. Di antara program yang dijayakan oleh ESPIFOKUS Sdn Bhd termasuklah:

  • The 2003 Malaysia Showcase in conjunction with OIC EXPO
  • The 2004 Malaysia Food Exhibition in Paris
  • The 2005 East Asia Business Exhibition in conjunction with East Asian Summit
  • The 2006 Malaysia Food exhibition in Dubai
  • The 2007 Malaysia International Commodity Conference and Showcase
  • The 2007 Transformation of Malaysia Trade and Industry Exhibition
  • The 2007 Ministry of Higher Education Exhibition (MOHEX’08) in Johor Bahru
  • The 2008 Minggu Kesedaran Kewangan in Johor Bahru
  • The 2008 Malaysian Contemporary Art Exhibition in Hong Kong
Suruhanjaha SekuritiAKPKPIDM Bank Negara Malaysia FMB Espi Fokus Malaysia
Map